Aku Jumpa 1 Punca Kenapa Orang Tak Boleh Buat Copywriting!
Mesti kau tengah rasa macam ni:
- Copywriting tu susah
- kena pandai ayat panjang
- Kena ada grammar power
- Kena tulis macam novel
Hakikatnya.. Copywriting ni adalah pasal hook jer.. Kalau kau stuck kat hook, kau stuck kat copywriting!
Apa Itu Hook?
Hook ialah ayat pembuka yang buat orang berhenti scroll, klik, dan teruskan membaca.
Dunia bisnes online penuh dengan gangguan.. Jadi, hook ibarat pintu sebelum tetamu masuk ke dalam rumah..
So kalau hook kau tak jelas, orang takkan baca sampai habis.
Kenapa Hook Penting?
- Meningkatkan engagement & conversion - Bila kau dapat tarik perhatian, peluang untuk mereka klik, follow, reply komen atau membeli jadi lebih tinggi.
- Menarik perhatian awal – Dalam 3 saat pertama, hook tentukan hidup-mati konten kau.
- Mencetus rasa ingin tahu – Hook yang tajam akan buat orang nak tahu lebih.
- Membawa pembaca ke mesej utama – Hook ialah jambatan sebelum kau sampaikan ayat jualan.
Unsur Utama Hook Yang Berkesan
Untuk hasilkan hook yang benar-benar kuat, ada psikologi dan teknik yang kau kena faham:
1. Emosi – Rasa takut (FOMO), rasa bangga, rasa marah, rasa ingin tahu, rasa simpati. Emosi memacu tindakan.
2. Keunikan / kejutan – Perkara yang luar biasa, tak dijangka. Contohnya “Rahsia bisnes yg orang selalu sembunyikan”.
3. Faedah (“benefit”) yang jelas – Apakah yang pembaca akan dapat? Juga: apa kerugian kalau mereka tak baca?
4. Soalan provokatif – Soalan yang terus menjentik fikiran pembaca. Contoh: “Kenapa majoriti orang gagal walau produk bagus?”
5. Kontras – Bandingkan keadaan sekarang vs keadaan ideal, atau apa yang pembaca percaya vs realitinya.
6. Kekurangan (Scarcity) – “Hari ini sahaja”, “terhad untuk 50 orang”, “sebelum stok habis”.
7. Cerita kecil atau metafora – kadang-kala satu kisah pendek atau analogi mampu menjalin hubungan emosi cepat.
Contoh Hook Yang Lemah
❌ “Jom saya kongsikan tips bisnes.”
(terlalu biasa, tak ada rasa nak baca).
Contoh Hook Yang Padu
✅ “Kau gagal buat sales bukan sebab produk 👎, tapi sebab ayat pertama kau membunuh peluang.. Macam kat bawah ni!”
Nampak beza tak?
Hook yang betul akan trigger emosi dan buat orang stay.
Strategi Untuk Buat Hook Yang Sentiasa “Evergreen”
1 - Kumpulkan senarai hook mengikut kategori: masalah, impian, ketakutan, keuntungan, pertanyaan, cerita
2 - Uji A/B: cuba dua versi hook, tengok yang mana dapat engagement / klik / conversion lebih tinggi
3 - Simpan hook yang berjaya – terus gunakan, ubah sedikit jika perlu ikut tawaran / produk
4 - Elakkan hook yang terlalu bergantung kepada trend semasa, kecuali kau nak guna untuk kempen “masa kini”
KESIMPULAN
Kalau kau masih struggle dengan copywriting, berhenti fikir pasal ayat panjang dulu.
Cuba kau fokus pada hook. Bila hook dah kuat, separuh perjalanan copywriting kau dah settle.
Aku sendiri kumpulkan lebih 400+ hook evergreen ikut kategori supaya kau boleh terus pilih, edit, dan guna.
Senang, cepat, dan confirm padu.
